top of page

          HANYA AKU,
TAK SEORANG PUN TAHU

1000_F_344779825_7sDRIUOpNFKB8VfVx9z6HQrD9D36MJuJ.jpg

      
Pada diri yang dulu
Aku rindu
Mendengar suruhan wahyu
Aku tahu
Aku perlu maju

Tapi,
Aku masih begitu
Apa ini aku
Aku lupa pada diriku
Diriku yang pantas meluru

Melihat diriku
Yang kian hanyut di simpang-siur
Tapi aku tak mampu
Untuk terus menyanggah arus
Akhirnya aku
Tewas pada diriku
Apa perlu aku...?

Bodohnya aku
Masih berteleku
Menunggu
Bagai harimau dalam kurungan termangu-mangu
Sedang masa terus berlalu
Angin pantas menderu
Pasir debu ditiup laju
Tapi aku
Masih keliru
Apa harus aku laku

Aku adalah aku
Tapi mahu jadi kamu
Kamu yang mampu
Mampu untuk terus maju

811bbe2e43766896ead58aabd34c299e.jpg
h19cnj.jpg
pngtree-success-icon-for-your-project-png-image_1520628.jpg

Ciptaan : NOR HIDAYAT BIN SUKERI

bottom of page